Tazkirah sebelum berbuka puasa akan disampaikan oleh Us. Mohamad Ibrahim (Us. Mad China) Pensyarah KPJ.
Komuniti HPA Rawang dengan kerjasama Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) dan HPA Zon Tengah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana di perkarangan HPA Cawangan Rawang.
HARI JUMAAT 17 RAMADHAN 1431H / 27 OGOS 2010
Aturcara Majlis Iftor Perdana KPA di Caw Rawang:
5.00 ptg - 6.30 ptg : Perjumpaan Blogger komuniti KPA
6.45 - 7.20 mlm : Tazkirah oleh Us Mad China (Pensyarah KPJ)
7.23 mlm : Berbuka puasa (Kurma & Minuman kopi radix / kordial kurma/pegaga)
7.30 mlm : Solat Maghrib berjemaah
7.45 mlm : Jamuan Makan Nasi (Nasi Tomato & Ayam Organik masak merah)
8.35 mlm : Solat Isyak berjemaah dan Solat Tarawikh 8 rakaat serta witir 3 rakaat.
9.45 mlm : Bacaan Tahlil
10.00 mlm : Taklimat semasa oleh Presiden KPA
10.30 mlm: Penyampaian hadiah & sumbangan
11.00 mlm: Jamuan Moreh (bubur lambuk & kuih muih) dan bersurai
Semua PJS KPA, Pelapis PJS KPA, Wakil Komuniti dan semua pengedar berhampiran serta pembaca blog ini yang berkesempatan dijemput hadir.
/
Suasana Majlis Berbuka Puasa pada tahun 2009 di Hpa Cawangan Rawang:
13hb. Sept. 2009 - Majlis Berbuka Puasa
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, komuniti HPA Rawang telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 12hb September 2009 bertempat di HPA cawangan Rawang.
Diantara pengisian program pada hari tersebut ialah Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Khairudin, sembahyang maghrib, Isyak dan Tarawikh berjamaah serta penyampaian sumbangan berupa barangan HPA, wang tunai dan kueh raya kepada 30 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU). Barangan HPA dan wang tunai adalah sumbangan dari HPA Ibu Pejabat manakala kueh raya disumbangkan oleh seorang wakil rakyat. Segala sumbangan tersebut telah disampaikan oleh PJM Hafizan Fauzi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PJM Habibah dan wakil HPA Zon Tengah.
Dibawah adalah suasana semasa majlis tersebut.

No comments:
Post a Comment