Saturday, October 30, 2010

KPJ HPA RAWANG

HPA RAWANG SEKALI LAGI AKAN DIADAKAN KPJ PADA 2 NOV 10 INI ( SELASA mlm RABU) . PEMCERAMAHNYA IALAH USTAZ MAD CINA. SEMUA DIJEMPUT HADHIR.
SEMUA KELAS MINGGUAN DI ZONE KPA DIHARAP DAPAT DIBATALKAN BAGI MENUMPUKAN PADA KPJ TERSEBUT.

Monday, October 4, 2010

Kelas di HPA Rawang akan bermula pd mingu ni 5.10.10, di jemput semua hadhir kita, sama sama kita menyambut mesra raya pada mlm tu. jangan lupa .... bawa kueh raya , kalau dah habis ...beli je kat sebelah.

Tuesday, September 28, 2010

KELAS DI HPA RAWANG TERPAKSA DITANGGUHKAN SEBAB KITA BAGI LALUAN PADA KPJ DI SHAH ALAM HARAF MAAF. OLEH ITU MINGGU DEPAN KITA GEMPUR RAMAI-RAMAI,TAPI JANGAN LUPA
BAWA KUEH RAYA SEKALI.

Saturday, September 25, 2010

Kenangan semasa majlis iftor Ramadhan

PERJUMPAAN MESRA HARI RAYA

Komuniti Hpa Rawang akan memulakan kelas minguannya pada selasa 28 okt 2010 ini. Pemulaan kelas ini dinamakan PERJUMPAAN MESRA HARI RAYA. Diharap semua ahli HPA terutama yang berada disekitar Rawang dapat menghadirkan diri ramai ramai dan jangan lupa bawa kueh sorang sikit. Kalau nak bawa lemang lagi bagus.

Sunday, September 19, 2010

PERASMIAN HPAIC DI SHAH ALAM


Kumuniti Hpa Rawang mengalu-alukan semua ahli HPA terutama yang sentiasa mengikuti blog ini agar dapat menghadirkan diri ke PERASMIAN HPAIC di Shah Alam pada 2 oktober 2010.
Kehadhiran saudara-saudari yang setia kepada HPA dapat memberi semangat kepada HPA untuk mengembangkan lagi perniagan sambil berdakwah yang jarang -jarang dilakukan oleh perniagaan muslim ini. Dengan tertegak bangunan HPAIC yang dimiliki ahli HPA ini dapat kita berbangga bahawa perjuangan HPA selama ini bukanlah satu perjuangan yang sekadar menegakan ekonomi umat islam semata-semata malah HPAIC menjadi mercu kejayaan umat islam bahawa islam itu boleh, islam itu merangkumi kehidupan manusia, dengan ini juga perniagaan islam tidak lagi boleh dikotak katekan lagi. Kita semua juga harus berbangga bahawa HPA telah menunjukan kepada dunia bahawa berniaga dengan syariat islam boleh mendapat kejayaan yang besar.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Asalamualaikum. Sempena kedatangan Aidilfitri, kami AJK Komuniti HPA Rawang ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI serta memohon maaf zahir dan batin kepada semua ahli HPA terutamanya yang berada disekitar Rawang atau pun yang sentiasa mendekati HPA Rawang, sekiranya ada yang terkecil hati atas segala tingkahlaku kami dan segala perbuatan kami yang tidak menyenangkan dan kami mohon di beri petunjuk agar hasrat perjuangan HPA tercapai. InsyakAllah kami akan sentiasa memastikan segala tanggungjawab kami terlaksana dengan sempurnanya.

Sekian

Mr Presdent Komuniti

Sunday, August 29, 2010

IFTOR DI HPA RAWANG

Program Iftor di HPA Rawang

Iftor Ramadhan di caw Rwg telah dijayakan dengan jayanya, kedatanga hampir mencecah 2 ratus orang, termasuklah 3 orang dari Pesatuan Peniaga Oku Selangor dan juga anak hampir 15 org anak yatim yang hadhir, mereka adalah penerima sumbangan hari raya daripada KPA

Pihak Komuniti Mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada ahli HPA terutama PJS, Kelap Pelapis PJS dan ahli ahli yang menyokong perjuangan HPA kerana memberi komitmen terhadap program ini
Iftor kali ini dihadhiri oleh Ust Mad China sebagai penceramah ( Tazkirah ) diwaktu sebelum berbuka puasa

Syabas juga diucapkan pada AJK Komuniti yang telah bertungkus-lumus merancang dan menjayakan program ini. InsayAllah Allah sahaja yang akan membalas budi baik mereka,
muga muga atas keiklasannya akan memajukan lagi HPA. TAKBIR !!!!!!!!

Friday, August 27, 2010

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa hari ini di Perkarangan Caw Rawang

Tazkirah sebelum berbuka puasa akan disampaikan oleh Us. Mohamad Ibrahim (Us. Mad China) Pensyarah KPJ.

Komuniti HPA Rawang dengan kerjasama Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) dan HPA Zon Tengah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana di perkarangan HPA Cawangan Rawang.

HARI JUMAAT 17 RAMADHAN 1431H / 27 OGOS 2010

Aturcara Majlis Iftor Perdana KPA di Caw Rawang:

5.00 ptg - 6.30 ptg : Perjumpaan Blogger komuniti KPA

6.45 - 7.20 mlm : Tazkirah oleh Us Mad China (Pensyarah KPJ)

7.23 mlm : Berbuka puasa (Kurma & Minuman kopi radix / kordial kurma/pegaga)

7.30 mlm : Solat Maghrib berjemaah

7.45 mlm : Jamuan Makan Nasi (Nasi Tomato & Ayam Organik masak merah)

8.35 mlm : Solat Isyak berjemaah dan Solat Tarawikh 8 rakaat serta witir 3 rakaat.

9.45 mlm : Bacaan Tahlil

10.00 mlm : Taklimat semasa oleh Presiden KPA

10.30 mlm: Penyampaian hadiah & sumbangan

11.00 mlm: Jamuan Moreh (bubur lambuk & kuih muih) dan bersurai


Semua PJS KPA, Pelapis PJS KPA, Wakil Komuniti dan semua pengedar berhampiran serta pembaca blog ini yang berkesempatan dijemput hadir.
/

Suasana Majlis Berbuka Puasa pada tahun 2009 di Hpa Cawangan Rawang:
13hb. Sept. 2009 - Majlis Berbuka Puasa Picture
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, komuniti HPA Rawang telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 12hb September 2009 bertempat di HPA cawangan Rawang.

Diantara pengisian program pada hari tersebut ialah Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Khairudin, sembahyang maghrib, Isyak dan Tarawikh berjamaah serta penyampaian sumbangan berupa barangan HPA, wang tunai dan kueh raya kepada 30 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU). Barangan HPA dan wang tunai adalah sumbangan dari HPA Ibu Pejabat manakala kueh raya disumbangkan oleh seorang wakil rakyat. Segala sumbangan tersebut telah disampaikan oleh PJM Hafizan Fauzi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PJM Habibah dan wakil HPA Zon Tengah.
Dibawah adalah suasana semasa majlis tersebut.

Wednesday, August 11, 2010

17 RAMADHAN MAJLIS IFTOR HPA RAWANG

Komuniti HPA Rawang akan mengadakan majlis iftor yang dianjurkan bersama KPA, HPA Zone Tengah dan Komuniti Rawang pada hari cuti umum 27 0g0s 2010 iaitu cuti Nuzul Quraan ( 17 Ramadhan ) Semua PJS Ahli KPPJS Para Herbelis, BloggerHPA, 3 orang wakil dari Komuniti HPA Lembah Kelang, serta ahli HPA disekitar dijemput hadhir.

Pihak urusetia program menjagkakan sambutan mungkin mencecah ke 150 orang oleh itu untuk penyediaan tempat, kemah akan di sediakan dan kemungkinan ampaw Hari Raya akan disediakan untuk kanak-kanak.

Berikut adalah aturcara program;-

1) Pagi = Perjumpaan Para Herbalis HPA untuk Membincangkan Penyelarasan kulliah dikelas mingguan yang diketuai Tn Hj Ramly.
2) Petang
( Selepas solat Asar )
= Perjumpaan Para Blogger HPA yang dketuai oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis.
3) Sebelum Berbuka
= Majlis Tahlil seterusnya berbuka puasa.

4) Malam = Solat Magrib dan menjamu selera. Tazkirah akan disampaikan
oleh Al Fadhil Ustaz Adnan Fadhil selepas solat isyak dan terawikh

Wednesday, July 7, 2010

HPA RAWANG: Blog.....

HPA RAWANG: Blog.....: "Untuk pengetahuan pengunjung blogs .... Blog ini sedang dikemaskini untuk pemberian maklumat baru... harap maklum."

Monday, June 28, 2010

KURSUS PRA HERBALIS

Kelab Herbalis zon tengah akan mengadakan kerusus Pra Herbelis di HPA caw Rawang pada 3 july 2010 sabtu 8.30am hingga 5.00pm, dengan bayaran sebanyak RM 50.00 sahaja. Sesiapa yang berminat sila hubungi Pn Sharifah Tel : 013 227 1145
Kerusus yang diadakan ialah: 1) Asas akua Puntur
2) Iridirilogi
3) Reflexilogi
4) Asas Bekam
5) Daignos Penyakit


DAFTER SEGERA TEMPAT TERHAD